fbpx

Peluang keemasan pikat kelab Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain perlu memanfaatkan saingan Piala Asia dalam usaha menarik minat peninjau-peninjau bakat yang akan ‘berkampung’ di Qatar bulan depan. – AMIR KHALID

TIDAK hanya misi menghadirkan kejayaan kepada peminat tempatan, Piala Asia juga menjadi pentas buat para pemain negara ‘menjual diri’ dengan cuba memikat perhatian kelab-kelab luar khususnya di benua Asia.

Perubahan liga oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) se­iring dengan pertandingan Konfede­rasi Bola Sepak Asia (AFC) seakan membuka jalan luas buat pemain tempatan untuk mengembangkan karier di luar negara.

Kesemua 26 pemain dalam kem latihan pusat kali ini menjadi individu bertuah dan boleh mula memasang misi ‘serampang dua mata’ dalam percubaan melepasi aksi kumpulan serta menarik minat kelab-kelab utama Asia.

Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya sentiasa mencuba sehabis baik untuk menjadikan Liga Malaysia (Liga M) lebih kompetitif dan berdaya saing, sekali gus menguatkan pasukan kebangsaan.

“Kita kena berubah daripada segi pentadbiran liga dan tidak boleh kekal pada cara sama. Kemungkinan juga (perubahan) ini akan sama dengan liga di Eropah khususnya dari segi jendela perpindahan.

“Saya rasa ia satu langkah yang boleh membawa kesan positif kerana apabila liga kita sama dengan pembukaan liga negara lain, mungkin pemain tempatan kita juga dapat atau dipanggil oleh kelab-kelab lain.

“Mungkin (sebelum ini) ada orang mahukan pemain kita, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana berbeza jendela perpindahan. Memandangkan selama ini jendela perpindahan kita tidak sama dengan liga Asia lain, maknanya kita hanya dapat (import) gred B ataupun C,” katanya.

Daripada senarai 26 pemain Harimau Malaya yang akan berangkat ke Qatar awal pagi esok, hanya dua nama yang beraksi di luar negara iaitu Dion Cools bersama gergasi Thailand, Bu­riram United dan Junior Eldstal mewakili kelab Indonesia, Dewa United.

Beberapa pemain muda negara turut beraksi di Eropah se­perti Nooa Hamzah Laine bersama SJK Seinajoki di Finland, Luqman Hakim Shamsuddin (KV Kortrijk, Belgium) dan Richard Chin (Charlton Athletic, England).

Sebagai rekod, MFL sebelum ini mengesahkan aksi pembuka tirai Liga M bakal berlangsung pada 3 Mei depan.

Tempoh pendaftaran pertama Liga M dijadualkan pada 3 Februari hingga 26 April, manakala fasa kedua akan bermula dari 26 Ogos hingga 22 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI