fbpx

‘Tidak boleh tidur nyenyak tiap malam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menunjukkan kesan runtuhan tanah yang menjejaskan rumah mereka di Felda Belara, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Dua keluarga di Felda Belara di sini, semakin dihimpit kebimbangan sehingga sukar untuk tidur nyenyak selepas sebahagian kawasan rumah mereka terjejas dengan runtuhan tanah minggu lalu.

Dalam kejadian pukul 7 pagi pada 23 Disember itu, cerun bukit setinggi lebih 20 meter yang terletak kurang semeter dari rumah mereka tiba-tiba runtuh.

Seorang penduduk yang terlibat, Hawa Daud, 75, berkata, sewaktu kejadian, dia dan suami, Abdul Rahman Daud, 82, yang ketika itu berada di bahagian dapur terkejut apabila melihat beberapa batang pokok kelapa di belakang rumahnya sudah beralih kedudukan.

“Pokok-pokok hiasan yang kami tanam berhampiran lereng bukit juga telah hilang daripada pandangan.

“Pemeriksaan mendapati berlaku rekahan besar di belakang rumah kami dengan pokok-pokok hiasan berkenaan sudah jatuh ke kaki bukit,” katanya ketika ditemui di Felda Belara di sini semalam.

Hawa berkata, keadaan semakin teruk pada pukul 3 petang hari berkenaan apabila runtuhan tanah lebih besar berlaku sekali gus menumbangkan pokok-pokok kelapa terbabit.

Katanya, tanah runtuh ­tersebut turut menjejaskan kawasan rumah jirannya, Suhaimi Ismail, 42.

“Buat masa ini, kami terpaksa menumpang sementara di rumah anak kerana terlalu bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi berkata, setakat ini runtuhan itu hanya ditutup dengan kain kanvas.

Katanya, ia membuatkan dia dan isteri, Wan Nur Huda Wan Hassan, 42, serta dua orang anak sentiasa berwaspada terutama pada waktu malam.

“Kami risau runtuhan baru boleh berlaku pada bila-bila masa kerana cuaca tidak menentu ketika ini.

“Bahagian dapur rumah saya dan jiran (Hawa) paling berisiko kerana terletak kurang semeter daripada runtuhan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI