fbpx

Situasi Liverpool bertambah sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH akan terlepas sekurang-kurangnya lapan perlawanan bersama Liverpool kerana tugasan antarabangsa bersama Mesir dalam saingan AFCON bermula 13 Januari ini. – AFP

LIVERPOOL – Januari bakal menjanjikan tugasan penuh berliku buat Liverpool yang terpaksa menyisihkan deretan bintang kerana terikat dengan komitmen pasukan kebangsaan dan juga isu kecederaan.

The Reds ketika ini hilang khidmat Thiago Alcantara, Joel Matip, Andy Robertson dan Kostas Tsimikas kerana kecederaan selain perlu melupakan melupakan khidmat penyerang prolifik, Mohamed Salah serta tonggak tengah, Wataru Endo.

Salah akan meninggalkan Anfield untuk memperkuatkan Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), manakala Endo bakal menyarung jersi Jepun pada Piala Asia di Qatar.

Kedua-duanya mungkin terlepas sekurang-kurangnya lapan perlawanan sepanjang tempoh dua kejohanan itu berlangsung dari 12 Januari hingga 11 Februari depan memandang­kan Mesir dan Jepun dijangka mampu melangkah jauh sehingga ke pentas final.

Bagaimanapun, pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp tetap ya­kin pasukannya akan melakukan apa sahaja untuk mengharungi saingan tanpa kelibat Salah dan Endo bagi memastikan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tidak terjejas.

“Ini bukan pertama kali dan ia adalah perkara biasa untuk kami kehilangan penjaring gol. Kami pernah lalui situasi lebih buruk ketika terpaksa melepaskan ­khidmat Sadio Mane dan Salah.

“Endo akan menyertai Piala Asia, jadi kami perlu atasi si­tuasi ini dengan baik. Kami akan jumpa cara penyelesaian dan harap berterusan selepas aksi dengan Newcastle (di Anfield malam ini),” katanya.

Selain Liverpool, semua pasukan EPL kecuali Manchester City dan Newcastle, akan kehilangan sekurang-kurangnya seorang pemain yang akan beraksi bersama negara masing-masing pada ­saingan AFCON di Ivory Coast serta Piala Asia di Qatar.

Difahamkan, seramai 55 pemain daripada 18 pasukan EPL akan bermain dalam dua kejohanan itu tanpa mengambil kira status kecederaan dialami mereka ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI