fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Nenek terpaksa beri cucu minum air, susu habis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas di Palestin terpaksa memberi minum air cucunya yang masih bayi ekoran ketiadaan bekalan susu.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas Palestin terpaksa memberi minum air kepada cucu lelakinya yang masih bayi bagi menahan kelaparan ekoran ketiadaan bekalan susu susulan situasi konflik pada masa ini.

Menerusi video dikongsikan Middle East Eye, wanita itu memberitahu, dia juga tidak mempunyai lampin pakai buang untuk cucunya yang juga anak yatim berikutan bapa bayi itu telah meninggal dunia.

“Ini bayi kepada anak saya, dilahirkan di sekolah ini. Ayahnya (anak wanita tersebut) syahid selepas seminggu. Kami masih tak jumpa jasad ayahnya di bawah runtuhan.

“Dia (bapa bayi) menanti untuk melihat anaknya, tapi tak pernah jumpa. Anak saya terkorban tanpa bertemu zuriatnya.

“Saya tak ada susu atau lampin pakai buang. Saya tak ada apa-apa untuk cucu saya. Tiga anak saya terkorban dan saya tiada sesiapa lagi. Mana saya nak cari barang semua,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, wanita itu turut menceritakan, sebelum ini tiga anaknya dibesarkan tanpa kehadiran bapa dan kini cucunya berdepan nasib yang sama.

“Saya menangis untuk anak saya setiap hari, saya tak ada sesiapa hanya ada cucu. Anak-anak saya sebelum ini yatim dan saya besarkan mereka seorang diri.

“Ayah mereka meninggal dunia 40 tahun lalu. Sekarang cucu saya pula menjadi yatim sebab ayahnya syahid,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Middle East Eye (@middleeasteye)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI