fbpx

Kerani rugi RM240,000 kejar untung pelaburan lebih 200 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

H – Kerani rugi RM240,000 ditipu sindiket pelaburan saham

SIBU – Seorang kerani sebuah syarikat swasta di sini rugi kira-kira RM240,000 akibat ditipu sindiket pelaburan saham.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata menurut wanita berusia awal 50-an itu, dia menerima pesanan melalui Whatsapp daripada suspek dikenali sebagai Chow Yin Mei yang mempromosikan pelaburan saham melalui aplikasi ‘FTSE VIP’.

Menjelas lanjut, beliau berkata suspek kemudian meminta mangsa memuat turun aplikasi tersebut melalui telefon pada penghujung November lalu.

“Suspek kemudian memberi penerangan tentang pakej pelaburan yang ditawarkan serta keuntungan 200 hingga 350 peratus mengikut pakej pelaburan kepada mangsa sehingga menyebabkan mangsa tertarik membuat pelaburan.

“Mangsa kemudian membuat pelaburan dengan melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank atas nama syarikat berlainan pada penghujung November lalu hingga Disember ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mancha berkata mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak memperolehi apa-apa keuntungan daripada pelaburan seperti yang dijanjikan suspek.

Justeru, katanya mangsa tampil membuat laporan polis kelmarin untuk siasatan dan tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI