fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Sejuk ni…pakai stoking baru datuk belikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang datuk kepada kanak-kanak yang mati syahid akibat dibom tentera Zionis Israel.

PETALING JAYA – Kekejaman rejim Zionis Israel membunuh insan tidak berdosa termasuk kanak-kanak di Palestin semakin hari semakin zalim serta tidak berperikemanusiaan.

Serangan udara tentera rejim yang dilancarkan baru-baru ini turut mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang mencuri perhatian dunia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Middle East Eye di Instagram, datuk kepada kanak-kanak tersebut telah membelikan sepasang stoking baru untuk cucunya.

Walau bagaimanapun, cucunya mati syahid akibat bedilan bom Zionis sebelum sempat dirinya menyarungkan stoking baru itu.

“Sejuk ni, pakaikan dia (cucu) stoking ni.. Saya nak pakaikan stoking ini pada dia. Saya belikan stoking ini untuk awak. Insha Allah dia akan jadi ‘burung’ di syurga,” kata datuknya sambil menangis pilu.

Datuknya kemudian segera memakaikan sepasang stoking baru di kedua-dua kaki cucunya yang sejuk sebelum membalutinya dengan kain kafan semula.

Setakat Khamis, Israel telah membunuh 8,800 kanak-kanak dan 6,300 wanita dalam tempoh 82 hari sejak serangan ke atas Gaza bermula 7 Oktober.

Menurut pejabat media Gaza jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sejak permulaan perang telah mencecah 21,110 nyawa. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Middle East Eye (@middleeasteye)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI