fbpx

Remaja 19 tahun maut, abang parah motosikal bertembung Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa lelaki Orang Asli, Norsarizad Nordin dibawa dengan kenderaan polis untuk dibedahsiasat di perkarangan Bilik Forensik Hospital Lipis, Lipis.

LIPIS – Seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil di Kilometer 30, Jalan Lipis – Sungai Koyan berdekatan Kampung Sungai Ular dekat sini.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam semalam, mangsa, Norsarizad Nordin cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara abang mangsa yang membonceng motosikal, Norzarisa, 20, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Norsarizad terbabas lalu terbalik.

“Motosikal mangsa kemudiannya masuk ke arah laluan bertentangan lalu bertembung dan diseret Perodua Kancil dipandu lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Klinik Desa Kampung Bertang, Kuala Lipis,” katanya.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI