fbpx

Grealish rugi hampir RM6 juta kediaman dirompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH dilaporkan kehilangan barang kemas dan jam tangan yang dianggarkan mencecah kerugian £1 juta selepas penyamun menceroboh kediamannya baru-baru ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengingatkan pemain-pemain bola sepak terutama anak-anak buahnya supaya mengurangkan penggunaan sosial media bagi mengurangkan ancaman terhadap keluarga dan kediaman mereka.

Ia susulan situasi yang dihadapi keluarga pemain sayapnya, Jack Grealish menjadi mangsa kejadian pecah rumah minggu ini ketika City menewaskan Everton 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park baru-baru ini.

10 daripada kenalan rapat Grealish termasuk tunangnya, Sasha Attwood sedang menyaksikan perlawanan tersebut di televisyen di rumah agam baharunya yang bernilai £5.6 juta (RM32.78 juta) ketika pencerobohan itu berlaku.

Difahamkan, rompakan tersebut menyaksikan Grealish kehilangan barang kemas dan jam tangan yang dianggarkan mencecah kerugian kira-kira £1 juta (RM5.85 juta).

Grealish, 28, dilaporkan terkesan dengan insiden itu dan diberikan pelepasan daripada menyertai sesi latihan beberapa hari, namun dijangka kembali menguatkan pasukan menentang Sheffield United di Stadium Etihad malam ini.

“Para pemain mempunyai keselamatan sendiri, tetapi malangnya ia tetap berlaku. Malah, ia kerap berlaku dan pemain Manchester United juga pernah mengalami situasi ini.

“Anda perlu sentiasa berhati-hati dan beringat pada dunia sekarang. Kurangkan penggunaan sosial media, anda lebih selamat sekiranya orang tidak begitu mengetahui apa yang anda lakukan,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI