fbpx

Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella (kanan) dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

PETALING JAYA – Teman lelaki ibu tunggal yang dikenali sebagai Bella atau nama sebenarnya Mira Sharmila Samsusah, 34, dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi.

Lelaki yang juga pekerja sebuah syarikat kurier itu ditahan reman pada 25 Disember lalu bagi membantu siasatan.

Tempoh tahanan remannya berakhir esok.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi media.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Bella yang merupakan ibu kepada dua anak berusia empat tahun dan setahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya.

Pada waktu tersebut, Bella menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna putih dan gagal dihubungi sehingga hari ini.

Menurut Ismail, polis masih menjalankan siasatan dan penahanan lelaki berkenaan kerana dia merupakan individu terakhir bersama Mira Sharmila selepas dilihat keluar bersama kira-kira pukul 11.50 malam hari kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI