fbpx

Sarjan Norihan pindah wad biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORIHAN TARI

GEORGE TOWN – Sarjan Norihan Tari, 39, dipindahkan ke wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini petang ini selepas keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan positif sejurus menjalani pembedahan membuang dua butir peluru Khamis lalu.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu kini ditemani isterinya dan dikatakan masih belum dibenarkan menerima pelawat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi berkata, anggota terbabit memerlukan rehat yang secukupnya dan masih di bawah pemantauan rapi oleh kumpulan doktor pakar.

“Keadaan kesihatannya kini lebih baik dan perlu banyak berehat. Dia (Norihan) telah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa hari ini.

“Berhubung sebutir lagi peluru, doktor masih lagi membuat penilaian mengenai perkara terbabit,” katanya.

Semalam, Sarjan Norihan telah menunjukkan reaksi yang lebih baik dan
masih mengingati tragedi tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis Selasa lalu termasuk rakannya yang terkorban.

Selain Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan, Norihan turut menerima kunjungan juruiring Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Datuk Yahaya Othman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI