fbpx

Wanita saman Los Angeles selepas gambar berahi tersebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Ibu Pejabat Polis Los Angeles. - Foto AFP

LOS ANGELES  – Seorang anggota polis wanita menyaman pentadbiran bandar raya Los Angeles selepas suaminya berkongsi gambar dan video dirinya dalam keadaan bogel kepada rakan-rakan sekerja lain,  lapor akhbar New York Post semalam.

Gambar dan video bogel plaintif dikongsi oleh suaminya  yang juga anggota polis di bandar raya tersebut pada tahun lalu. 

Wanita itu menuduh Jabatan Polis Los Angeles (LAPD)  gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah gangguan dan balas dendam seksual, demikian menurut saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin. 

Suaminya, Brady Lamas kini menunggu perbicaraan atas enam pertuduhan berkelakuan tidak senonoh kerana berkongsi gambar dan video seksual isterinya kepada anggota-anggota polis lain tanpa kebenaran wanita berkenaan.

Wanita yang namanya tidak didedahkan itu menuntut sejumlah ganti rugi yang tidak dinyatakan dalam saman tersebut. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI