fbpx

Malaysia tak gentar jumpa bintang EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMER (kiri) melaungkan keyakinan mereka tidak akan gentar berdepan Korea Selatan yang dipenuhi pemain bintang dari Eropah. – FB FAM

SKUAD Harimau Malaya tidak perlu gentar dengan ancaman yang bakal diberikan oleh Korea Selatan selepas lawan me­nyenaraikan bintang-bintang bertaraf ‘elit’ pada kempen Piala Asia 2023 bulan depan.

Sebagai rekod, skuad Taeguk Warriors yang dikendalikan Jur­gen Klinsmann sah membawa pemain berkelas dunia yang berpangkalan di Eropah seperti Son Heung-min, Hwang Hee-chan dan Kim Min-jae ke Qatar nanti.

Pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba mengakui, tiada gunanya untuk mereka melakukan perbandingan kerana di atas kertas, Korea Selatan ternyata jelas lebih baik dan berpengalaman luas.

Menurutnya, apa yang pen­ting barisan pemain fokus dengan kekuatan masing-masing, selain menambah motivasi untuk me­nunjukkan keupayaan sebenar pada kejohanan berprestij itu.

“Korea Selatan adalah negara yang lebih baik serta pengalaman mereka di pentas antarbangsa juga sangat besar.

“Namun, ini adalah pentas untuk kita mempamerkan prestasi sebenar kerana kita juga telah menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun lepas.

“Menghadapi pasukan yang hebat diharap dapat memberi motivasi tambahan buat pasukan sepanjang kempen Piala Asia kali ini,” kata pemain dari Pulau Pinang berusia 26 tahun itu.

Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga bersedia untuk merebut kesebelasan utama skuad kendalian Kim Pan-gon, meskipun berdepan cabaran sengit daripada rakan sekelab­nya, Natxo Insa.

“Bukan mudah untuk merebut posisi tengah kerana pemain dalam panggilan kali ini semua­nya berkualiti. Mengenai Natxo, saya sudah bermain dengannya agak lama dan dia adalah pemain yang cukup berpengalaman.

“Namun, ia bukan alasan untuk saya berada di belakangnya, tetapi biar jurulatih yang menentukan kesebelasan utama nanti,” katanya.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E, dijadualkan menentang Jordan pada 16 Januari, disusuli Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI