fbpx

Lelaki dipenjara dakwa wajah anak seperti lelaki lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fariz merasakan wajah bayi itu tidak seperti wajahnya. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun sembilan minggu selepas mengancam untuk menikam isteri dan anaknya, lapor laman berita Mothership.

Sejak melihat anaknya yang baru lahir di hospital pada 21 Mei lalu, Fariz, 39, merasakan wajah bayi itu tidak kelihatan sepertinya wajahnya.

Sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya, Fariz bertengkar dengan isterinya yang ketika itu masih tunangnya di rumah bakal mentuanya.

Dia kemudian pergi ke dapur untuk mengambil pisau dan mencekik leher tunangnya yang ketika itu memegang bayi mereka.

Fariz mengugut untuk membunuh dua beranak itu namun dia dihalang oleh adik perempuan kepada tunangnya. Dia kemudian meminta maaf sebelum keluar dari rumah.

Ketika perbicaraan di mahkamah pada Selasa lalu, Fariz berkata dia menyesali perbuatannya. Dia dilaporkan sudah berkahwin dengan tunangnya.

Semasa menjatuhkan hukuman terhadap Fariz, hakim berkata Fariz harus bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya masih menziarahinya di penjara.  

Isterinya turut hadir di mahkamah bagi menunjukkan masih ada pihak yang mengambil berat tentang dirinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI