fbpx

Banjir: Semua barang termasuk wang tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA sukarelawan membersihkan lumpur di premis milik Khairiah di Kampung Pamah Rawas, Raub semalam.

RAUB – Hujan selama dua hari menyebabkan seorang warga emas menanggung kerugian RM20,000 selepas barang jualannya termasuk duit rosak apabila premis di Kampung Pamah Rawas dekat sini ditenggelami air Sungai Dong yang melimpah.

Peniaga berkenaan, Khairiah Mohd. Amin, 72, berkata, banyak barang tidak dapat diselamatkan ekoran air naik pada waktu awal pagi ketika semua penduduk sedang nyenyak tidur.

“Banjir selama dua hari yang surut semalam (kelmarin) mengakibatkan barang jualan rosak.

“Saya tidak boleh tutup kedai ini kerana menjadi lokasi utama penduduk mendapatkan barangan keperluan terutama ketika musim tengkujuh,” katanya.

Menurut Khairiah, ketika ini dia dibantu anaknya Nur Amin Nor Azahar dan sukarelawan membersihkan premisnya termasuk memilih barangan yang masih elok untuk dijual.

“Kerja-kerja mencuci dijangka mengambil masa seminggu kerana terdapat lumpur yang melekat di lantai, rak termasuk barangan dalam tin,” ujarnya.

Sementara itu, Nur Amin berkata, kejadian air Sungai Dong naik mendadak malam kelmarin mengejutkan semua penduduk yang tinggal di pesisir sungai dan masing-masing tidak sempat menyelamatkan harta benda.

“Semua barang runcit dan peralatan ditenggelami air termasuk wang kertas di dalam laci kedai runcit ibu,” katanya.

Nur Amin berkata, kejadian itu kerap kali berlaku pada penghujung tahun ketika musim tengkujuh sehingga mereka mengalami kerugian yang banyak apabila barangan jualan rosak kerana air sungai naik mendadak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI