fbpx

Orang Thailand suka datang Pantai Timur, ada pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASAR Besar Siti Khadijah, Kota Bharu merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong Selatan Thailand semasa berkunjung ke Kelantan.

KOTA BHARU – Beberapa lokasi pelancongan di Kelantan masih menjadi destinasi tumpuan pelancong dari Selatan Thailand pada ketika ini berikutan hubu­ngan baik yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Ke­senian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, kehadiran pelancong tersebut di lokasi seperti ikon pelancongan seperti Pasar Besar Siti Khadijah, selain Zon Bebas Cukai di Pengkalan Kubor, Tumpat dan Rantau Panjang merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat.

Selain itu katanya, Kelantan juga menjadi pintu masuk bagi pelancong dari Selatan Thailand untuk berkunjung ke pulau-pulau peranginan di Pantai Timur.

“Pelawat dari Selatan Thailand masih mengunjungi tempat-tempat tumpuan di negeri ini dan kita percaya ia akan berterusan pada masa depan. Ia dapat me­ningkatkan ekonomi setempat dan kita amat mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Perkara sama juga berlaku di Thailand apabila rakyat Kelantan berkunjung ke Hatyai dan lokasi-lokasi lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


ZON Bebas Cukai di Pengkalan Kubor, Tumpat turut mendapat perhatian pelancong dari Selatan Thailand.

 

Ketika ditanya tentang laporan media mengenai isu sebahagian pelancong dari Thailand dikatakan tawar hati untuk berkunjung ke Malaysia ke­rana mendakwa layanan yang kurang memuaskan, selain terpaksa berhadapan kerenah birokrasi, beliau percaya dakwaan itu tidak melibatkan lokasi-lokasi pelanco­ngan di Kelantan.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand-Asia Tenggara (TAHTA), Aida Oujeh berkata, tahap hospitaliti dan layanan mesra oleh penggiat industri pelancongan perlu di­tingkatkan bagi menarik ramai rakyat Thailand berkunjung ke Malaysia.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, kerajaan negeri bersedia menjalinkan hubu­ngan dua hala dengan TAHTA dalam usaha memacu pemba­ngunan ekonomi pelancongan yang lebih holistik dalam konteks mesra pelanggan.

“Saya percaya penggerak pelancongan dan peniaga dalam industri di Kelantan bersikap mesra pelanggan kerana amalan itu merupakan budaya penduduk di negeri ini.

“TAHTA boleh datang ke Kelantan untuk melihat sendiri budaya di sini,” ujarnya.

Tambah Kamarudin, gerbang masuk ke Kelantan adalah terbuka dan layanan mesra merupakan aset yang dipraktikkan dalam sektor pelancongan di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI