fbpx

Intan Najuwa hidup mewah dimanjakan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan sering meraih perhatian ramai selepas berkahwin dengan Ahmad Azraf Ogos lalu gara-gara hidupnya berlimpah kemewahan harta dan kasih sayang.

NAMA Datin Intan Najuwa memang semakin meledak, terutama selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos lalu.

Baru-baru ini, dia sekali lagi meraih perhatian apabila menzahirkan ucapan terima kasih buat suami tercinta kerana sering memanjakannya dengan pelbagai aspek, cinta dan harta benda.

“Terima kasih sebab memanjakan saya dengan semua yang saya ingini.

“Setiap wanita layak dilayan dengan rasa hormat, kebaikan dan kasih sayang,” kata Intan dalam ruangan kapsyen sebuah video TikTok.

Menerusi video yang sudah meraih lebih 2.8 juta tanda suka itu, Intan dilihat dimewahkan dengan pelbagai barangan jenama hebat, percutian dan cinta daripada suaminya.

Meninjau ruangan komen, kebanyakan netizen berasakan Intan yang kini sedang sibuk menyambung pengajian peringkat dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura dikatakan layak menerima kemewahan sebegitu daripada suami.

“Intan perlu abaikan cakap-cakap orang mengenai suaminya muka tua sebab hakikatnya ramai wanita cemburu dengan semua kemewahan dimiliki hari ini.

“Dia memang layak dapat layan sebegitu, pandai masak, bijak dalam pelajaran dan cantik. Memang pakej lengkap,” puji netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI