NAMA Adira sejak kebelakangan ini memang hangat diperkatakan dalam media sosial, lebih-lebih lagi apabila dia mengejutkan ramai dengan kes tuntutan perceraian dengan Datuk Red.
Tolak tepi isu perceraian, Adira sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video menyanyikan lagu Lara Lagi dalam akaun TikToknya.
“Untuk pengikut saya yang sudah lama meminta saya menyanyikan lagu Lara Lagi. Baru sekarang tertunai,” katanya.
Meskipun menyanyi tanpa sebarang pergerakan, lontaran suara Adira yang kedengaran seperti rintihan itu membuatkan ramai berasa sebak.
“Kenapa rasa sebak dan nak menangis dengan nyanyian Adira? Adakah dia meletakkan semua emosinya?
“Selain telinga mendengar nyanyian, mata pula tertumpu pada gelang emas dipakai Adira. Mantap!
“Lama tak dengar Adira menyanyi lagu ini. Seperti menyanyikan kisah sendiri pula ya Adira. Apa pun suara tetap sedap,” komen netizen.