PETALING JAYA – Sebanyak 11 negeri dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), antara kawasan yang terlibat di Perak adalah Hulu Perak, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).
“Selain itu, hujan lebat juga diramalkan melanda seluruh kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Bagi Johor, cuaca buruk dikatakan lebih tertumpu sekitar Segamat, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya hari ini.
Tambah MetMalaysia, keadaan sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Kuantan manakala di Sabah hanya membabitkan Sandakan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.