fbpx

Kastam Perlis gagalkan hampir 300 cubaan seludup ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan rokok dan minuman keras seludup yang dirampas kastam Perlis di Bukit Tengah, Pulau Pinang, baru-baru ini.

PADANG BESAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan hampir 300 kes cubaan penyeludupan membabitkan rampasan berjumlah RM5.98 juta dan nilai cukai RM3.85 juta sepanjang tahun ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, Bahagian Penguatkuasaan Kastam negeri itu turut menumpaskan kes jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan warga asing dan dadah.

“Kenderaan antara rampasan yang mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM3.05 juta diikuti dadah sebanyak RM1.8 juta lain-lain rampasan RM718,024.

“Bagi nilai cukai pula, kastam merampas kenderaan bernilai RM2.67 juta diikuti rokok sebanyak RM0.59 juta, lain-lain barangan RM320,000 dan minuman keras RM264,300,” katanya semasa sidang akhbar di Pejabat JKDM Padang Besar di sini hari ini.

Menurut Ismail, trend penyeludupan rokok kini banyak tertumpu di negeri Pantai Timur dan kawasan tengah manakala di sebelah utara, Pulau Pinang pula menjadi lokasi pilihan membawa masuk barangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI