fbpx

18 stesen minyak di Johor tiada bekalan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengenal pasti 18 stesen minyak di beberapa daerah yang berdepan masalah ketiadaan bekalan minyak diesel, sejak semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata ia membabitkan 11 stesen minyak di Batu Pahat, Johor Bahru (empat), Kota Tinggi (dua) dan Segamat (satu).

Menurut beliau, pihaknya sedang giat melaksanakan kerja-kerja menambah bekalan bagi pengguna dengan pemantauan berterusan melibatkan syarikat terbabit.

“Hanya sebilangan kecil sahaja stesen minyak yang didapati berlaku kekurangan stok diesel. Bekalan itu bagaimanapun telah ditambah bermula semalam dan disambung hari ini.

“Kebanyakan stesen minyak tidak berdepan masalah bekalan diesel dan tiada masalah untuk menampung permintaan bekalan diesel,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd. Ali memberitahu, beberapa stesen minyak yang berdepan masalah terputus bekalan diesel akan menerima bahan bakar itu dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam akan datang.

Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad dalam satu kenyataan pula mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel dan pihaknya menjangkakan masalah itu akan berterusan sehingga 31 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI