fbpx

Tumpuan PDRM buru dalang sindiket dadah – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan dan Jenayah Komuniti di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan keutamaan pihaknya kini adalah memburu dalang atau ketua sindiket dadah di seluruh negara.

Beliau berkata, tindakan tersebut akan dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang).

Ini kerana katanya, operasi sebelum ini pihak polis menyasarkan rampasan dengan berat bertan dan nilai berjuta.

“Kita akan sasarkan ketua sindiket bagi memastikan isu pengedaran dan penyeludupan dadah dapat diatasi.

“Jika tidak, mungkin kita perlukan masa yang lama untuk selesaikan isu dadah, itulah fokus kita pada sindiket sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI