fbpx

Bapa muda didakwa noda anak kandung di bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun, Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 39 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol anak kandungnya yang mana perhubungan tertuduh tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik sebuah hotel di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada pukul 2.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Mohammad Syafiq tidak menawarkan jaminan susulan hubungan tertuduh dengan mangsa adalah anak dan bapa.

Bagaimanapun, dalam rayuan tertuduh memohon diikat jamin pada atas faktor perlu menyara lima anak yang masih bersekolah selain mangsa kini tinggal bersama bekas isterinya di Perak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 30 Januari depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI