fbpx

Penyelia kilang gugup didakwa amang seksual anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang penyelia kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

Lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada pukul 12 tengah hari, 21 September lalu dan pukul 3 petang, 13 Disember lalu di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan di sini.

Kedua-dua perbuatan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) dan (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh dan mangsa masih tinggal bersama.

Tertuduh yang kelihatan gugup merayu dibenarkan diikat jamin dengan alasan perlu menyara isteri, dua anak dan seorang ibu yang menghidap penyakit kanser.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan lelaki itu diikat jamin dan menetapkan 3 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI