fbpx

‘Ulat parkir’ makin berani, ugut calar kereta jika enggan bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video menunjukkan kawasan parkir dan kesan calar yang didakwa dilakukan ulat parkir di Bukit Bintang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Selain memungut bayaran secara haram, ‘ulat parkir’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semakin berani bertindak mengugut serta merosakkan kenderaan sekiranya individu enggan membayar.

Perkara itu didedahkan seorang wanita yang juga mangsa apabila kereta miliknya yang diletakkan di kawasan sebuah bank di Bukit Bintang baru-baru ini didakwa dicalarkan ‘ulat parkir’.

Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di TikTok Bellerina, memaparkan kesan calar di bahagian sisi kiri dan kanan keretanya apabila dia enggan membuat bayaran parkir.

Katanya, sebelum itu, dia telah didekati seorang wanita yang dikenali sebagai ‘kak Ara’ meminta bayaran parkir sebanyak RM15 bagi setiap kereta.

“Dua wanita warga tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh memungut bayaran parkir tanpa lesen di kawasan Bukit Bintang.

“Jika enggan bayar, seorang wanita yang bernama ‘kak Ara’ ugut untuk melakukan sesuatu kepada kereta kami. Tengok kereta aku jadi apa,” katanya.

Justeru, atas nasihat orang ramai, wanita terbabit telah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya berharap DBKL dapat memberikan kerjasama dan mengambil tindakan segera ke atas pelaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI