fbpx

Pakar bimbang penularan penyakit ‘rusa zombi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYAKIT rusa zombi kini merebak di Amerika Utara. - Foto Getty Images

WASHINGTON – Pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan mengenai sejenis penyakit digelar rusa zombi yang boleh membawa maut serta dikhuatiri merebak kepada manusia, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Penyakit Chronic Wasting Disease (CWD) merebak pada sebilangan rusa di sekitar Amerika Utara, manakala baru-baru ini, ia dikesan di Taman Negara Yellowstone (melibatkan negeri Wyoming, Idaho dan Montana) buat kali pertama.

Penyakit tersebut menyebabkan perubahan pada otak haiwan yang menjadikannya lesu, tidak tentu arah dan air liur kerap meleleh.

Haiwan yang dijangkiti itu termasuk rusa, elk, moose dan karibu. Ia kebiasaannya akan merenung kosong dari kejauhan sebelum menghidap penyakit tersebut.

CWD membawa maut dan tiada rawatan atau vaksin yang diketahui setakat ini.

Menurut saintis, CWD adalah ‘bencana yang bergerak perlahan’ dengan pihak berkuasa digesa bersiap sedia menghadapi kemungkinan ia merebak kepada manusia.

Penyelidik CWD, Dr. Cory Anderson memberitahu akhbar The Guardian: “Kita berdepan penyakit yang sering membawa maut, tidak boleh diubati dan sangat menular.

“Kita tidak mempunyai cara mudah yang berkesan untuk membasminya, sama ada terhadap haiwan yang dijangkiti mahupun persekitaran yang tercemar.

“Tiada siapa yang menyatakan bahawa ia pasti akan berlaku, namun adalah penting bagi orang ramai untuk bersedia.”

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, CWD telah dikesan di sekurang-kurangnya 31 buah negeri AS selain Kanada, Norway, Finland, Sweden serta Korea Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI