fbpx

Zidane sudah tak mampu beri alasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Real nyata merisaukan Zidane apabila mereka seakan hilang idea untuk mencari gol. - AFP

MADRID – Juara bertahan, Real Madrid terus gagal meraih kemenangan dalam tiga aksi ­t­­e­r­akhir La Liga dengan terbaharu mencatat kekalahan mengejut 1-2 kepada Deportivo Alaves di Sta­dium Alfredo Di Stefano awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan ketiga Los Blancos dalam kancah liga domestik musim ini dan kini ke­tinggalan enam mata kepada dua pasukan tangga teratas, Real Sociedad dan Atletico Madrid yang menang 1-0 ke atas Valencia kelmarin.

Lebih malang, ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane perlu membayar kekalahan itu dengan harga mahal selepas bintangnya, Eden Hazard terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-28 kerana sekali lagi mengalami kecede­raan.

“Saya tiada alasan yang boleh diberikan kepada anda. Bagi saya, ini adalah salah satu permulaan terburuk kami pada awal musim.

“Saya sangat risau kerana kami langsung tidak boleh me­ngubah situasi yang berlaku di atas padang. Pemain tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas pihak lawan meledak gol pertama.

“Kami bermain dengan baik menentang Inter Milan (aksi Liga Juara-Juara) minggu lalu tetapi segalanya berubah hari ini. Kami perlu mencari jalan untuk memastikan prestasi konsisten setiap minggu,” kata Zidane.

Dua gol Alaves diperoleh menerusi Lucas Perez seawal minit kelima dan Joselu (m-49), manakala Casemiro mengha­diahkan jaringan sagu hati buat Real empat minit sebelum tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI