fbpx

EPL: Pemain Chelsea perlu ubah mentaliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUDRYK terbaring kesakitan ketika menentang Palace awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menggesa barisan pemainnya mengubah mentaliti selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Blues yang turun selaku tuan rumah meledak dua gol menerusi duo serangannya, Mykhailo Mudryk dan Noni Madueke, manakala gol tunggal Palace dijaringkan oleh Michael Olise.

Pochettino berkata, pemain-pemain Chelsea perlu sedar bahawa mereka berada di salah sebuah pasukan terbaik Eropah dan sepatutnya berjuang mati-matian dalam setiap perlawanan bagi mencatat kemenangan.

“Kami perlu sedar bahawa kami adalah Chelsea yang memiliki sejarah cukup hebat. Saya tahu ia memberi tekanan kepada para pemain untuk mendapatkan kemenangan, namun semua orang perlu faham bahawa kami adalah pasukan muda.

“Bagaimanapun, semua pemain juga perlu faham dalam kempen EPL, mereka perlu sentiasa berjuang. Hari ini (semalam) Palace datang dengan menampilkan aksi yang cukup agresif dan kami pula agak kurang dari aspek ini,” katanya.

Pengendali dari Argentina itu juga menjelaskan, Chelsea jauh tersasar daripada sasaran ­sebenar musim ini memandang­kan beliau mahu The Blues mencabar kedudukan kelompok ­empat teratas.

“Sudah tentu sasaran sebenar adalah berada dalam kelompok teratas dan memenangi semua perlawanan, namun secara ­realistiknya kami tersasar jauh. Sekarang tugas kami untuk berikan segala-galanya dalam setiap per­lawanan,” ujar Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI