fbpx

Penduduk Kampung Setia Jaya dibenarkan duduk sementara – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (kiri) ketika dalam pertemuan bersama wakil Yayasan Pendidikan TAR, Keng Cheng dan Teong Look.

PETALING JAYA – Kira-kira 500 penduduk Kampung Setia Jaya, Setapak di Kuala Lumpur dibenarkan untuk menetap di sana sementara isu penempatan diselesaikan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kebenaran itu diberikan susulan perbincangan pihaknya bersama Kolej Tengku Abdul Rahman (KTAR).

“Hari ini saya telah mengadakan perjumpaan bersama wakil dari Yayasan Pendidikan TAR yang diwakili Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look untuk rundingan isu tanah di Kampung Setia Jaya.

“Secara keseluruhannya, ia merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun.

“Justeru Yayasan Pendidikan TAR secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan ini diselesaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 19 Disember lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan kira-kira 500 penduduk Kampung Setia Jaya untuk mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberikan pemilikan Kampung Setia Jaya kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI