fbpx

EPL: Prestasi City setaraf juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mula menggunakan lencana juara dunia buat kali pertama pada jersinya ketika menewaskan Everton di Goodison Park awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Kemenangan 3-1 ke atas Everton di Goodison Park awal pagi semalam menyer­lahkan lagi kemahuan para pemain Manchester City untuk bangkit mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengurus City, Pep Guardiola merasakan walaupun prestasi mereka tidak begitu ­konsisten, namun kejayaan diraih selepas beberapa hari menjuarai trofi Piala Dunia Kelab di Arab Saudi membuktikan ­keazaman yang ada dalam diri setiap ­pemainnya.

“Ia adalah perlawanan yang cukup penting buat kami selepas kembali dari Arab Saudi sebagai juara dunia. Ia sekali lagi membuktikan betapa istimewanya pemain yang kami miliki dan mereka juga ada mentaliti hebat.

“Memang kami tidak berada di puncak liga, tetapi masih ada banyak perkara yang akan berlaku dan sudah pasti akan ada kejutan. Saya masih ingat ketika berada dalam pesawat semasa pulang dari Arab Saudi, saya mendengar pemain bercakap mengenai aksi dengan Everton.

“Mereka tidak tahu saya de­ngar perbincangan mereka. Saya katakan ini adalah pasukan saya dan percaya mereka akan tetap mencuba kerana perjalanan musim ini masih panjang dengan banyak lagi perlawanan perlu ditempuhi,” katanya.

Ini adalah kemenangan ke­dua City dalam tujuh aksi liga yang menyaksikan Phil Foden, Julian Alvarez dan Bernardo Silva menyumbangkan gol buat The Citizens, manakala jaringan tunggal tuan rumah diperoleh menerusi Jack Harrison.

Bagaimanapun, City terpaksa membayar harga mahal apabila kehilangan khidmat John Stones disebabkan kecederaan buku lali dan Erling Haaland masih belum pulih sepenuhnya, namun Kevin De Bruyne kembali memberi khabar gembira kepada Guardiola.

“Dia (Haaland) berlatih berseorangan dan keadaannya bertambah baik. Kevin (De Bruyne) pula sudah berlatih bersama pasukan dan saya pastinya gembira jika dia dapat bermain perlawanan selepas ini.

“Namun, perkara paling pen­ting adalah dia perlu cergas sepenuhnya untuk memboleh­kan dia beraksi lebih lama dan bukannya sekadar satu perlawanan,” jelas Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI