GOMBAK – Seorang lelaki disyaki lemas selepas tidak timbul ketika mandi bersama rakannya di Tasik Biru Kundang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.32 petang tadi.
Katanya, sepasukan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera serta anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Arang.
“Laporan awal mendapati, terdapat seorang lelaki tidak diketahui identiti dipercayai sedang mandi bersama rakan didapati tidak timbul.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan sehingga kini untuk mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.