fbpx

Banjir: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 124

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM memantau keadaan banjir di kediaman penduduk di daerah Mersing, Johor.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 124 penduduk daripada 41 keluarga setakat pukul 2 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 108 penduduk daripada 30 keluarga, semalam.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu satu di Mersing dan dua di Segamat.

“Mersing merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 91 penduduk daripada 32 keluarga dari Kampung Orang Asli Peta.

“Mangsa banjir di Mersing yang dipindahkan ke PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin yang dibuka sejak 6 petang kelmarin meningkat berbanding 83 penduduk daripada 25 keluarga.

“Keadaan banjir itu menyebabkan Jalan Kampung Orang Asli Peta itu terputus hubungan,” katanya kepada kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Johor berkata, dua buah PPS mula dibuka sejak 2 semalam di Segamat di Balai Raya Kampung Baru Badak dan Balai Raya Kampung Jabi.

Katanya, seramai 25 penduduk di Kampung Sebarang Batu Badak, Jementah dipindahkan ke PPS Balai raya Kampung Baru Badak manakala lapan penduduk di Kampung Sermin, Pemanis dipindahkan ke PPS Balai raya Kampung Jabi.

“Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan amaran hujan berterusan di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Katanya, laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor menunjukkan Sungai Lenik di Ladang Chaah Segamat berada di paras amaran manakala Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai berada di paras waspada.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI