fbpx

Isteri sarat hamil, Ryan Bakery hitung hari timang bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ryan banyak bertanya dengan bapa dan orang sekeliling yang sudah bergelar bapa untuk meminta nasihat dan tips. - Foto MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Teruja dan gementar bakal bergelar seorang bapa, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mendedahkan suri hatinya, Elyia Ibrahim kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulung mereka.

Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery itu, dia banyak bertanya dengan bapa dan orang sekeliling yang sudah bergelar bapa untuk meminta nasihat dan tips.

“Perasaan teruja dan takut bercampur baur, sebab pertama kali nak jadi bapa, perasaan itu lain macam. Saya memang minta nasihat daripada orang sekeliling yang sudah bergelar ayah termasuk bapa saya sendiri.

“Sekarang dah masuk 36 minggu, memang sedang menunggu hari sahaja untuk bersalin. Saya pun dah mula perlahankan sedikit kerja sebab nak bersedia sambut kelahiran berada disamping isteri.

“Jantina pun sudah tahu, insya-Allah anak lelaki, nama pun dah ada, kami putuskan untuk letak Ryan Ezra,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, lelaki yang cukup popular dalam TikTok itu berkata, selain persiapan barangan keperluan untuk menyambut kelahiran, mereka juga sedang mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal.

“Semua dah lengkap, persiapan barang dan alatan sambut kelahiran alhamdulillah sudah siap.

“Sekarang ini kami sedang membuat persediaan rohani dan jasmani sebab seperti semua orang tahu, orang perempuan kalau berpantang ‘mood’ mereka lain, jadi benda sebegitu lah saya kena bersedia.

“Kalau pantang pula kami putuskan berpantang di rumah kami di Kuala Lumpur bukan di kampung sebab banyak urusan kerja di sini yang perlu disempurnakan,” katanya ketika ditemui di majlis Lepak Bersama Indigital Music, semalam

Ditanya adakah permaisuri hatinya itu pernah mengidam yang aneh-aneh, lelaki berusia 28 tahun memdedahkan isterinya teringin
gelang emas.

“Ada satu hari dia cakap dengan saya nak ‘biskut tawar’, berulang kali dia cakap dengan saya. Saya ingatkan betul-betul biskut tawar yang makan itu.

“Rupa-rupanya gelang emas yang dipanggil biskut tawar, memang ada. Saya terkedu kejap. Saya kata doakan murah rezeki insya-Allah dapat beli nanti,” ujarnya panjang lebar.

Ryan dan Elyia Ibrahim rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu selepas lima bulan bertunang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI