fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Balasan rogol anak kenalan, penganggur dijel 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zainol ketika dibawa anggota polis selepas prosiding keputusan di akhir kes pembelaan di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Tindakan tidak perikemanusian seorang penganggur merogol anak kenalannya berusia 12 tahun pada awal pagi, Februari tahun lalu akhirnya berbalas selepas dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Syafeera Mohd Said terhadap tertuduh, Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan pemenjaraan terhadap bapa kepada tiga orang anak itu bermula hari ini selain disebat sebanyak tiga kali.

“Tertuduh dikenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman berkenaan,” tegasnya.

Mohamad Zainol didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, dekat sini pada pukul 4 pagi, 6 Februari tahun lalu.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Sejurus prosiding tersebut tamat, dilihat isteri tertuduh menangis di galeri mahkamah.

Terdahulu, pada prosiding tersebut jurubahasa yang membacakan penyataan impak menyatakan mangsa yang sebelum ini ceria telah bertukar menjadi kemurungan dan sedih serta tidak mahu bergaul dengan kawan-kawannya.

“Saya (mangsa) tertekan terhadap perbuatan suspek merogol saya. Ini menyebabkannya sukar tidur malam dan selalu terjaga di malam hari. Malah, saya tidur dibawah katil kerana merasakan ia tempat yang selamat.

“Saya berasa maruah diri telah tercalar dan kejadian rogol telah mengaibkan diri saya dan keluarga. Justeru, saya berharap mahkamah memberikan keadilan kepada saya dan memberikan hukuman yang berat terhadap perbuatan suspek sangat kejam dan telah menggelapkan masa depan saya,” ujarnya.

Peguam Izzat Amir Saharudin mewakili tertuduh merayu hukuman paling ringan susulan merupakan kesalahan kali pertama dengan anak guamnya mempunyai tiga anak yang masih kecil.

“Tertuduh kini tidak bekerja berikutan sukar mendapat pekerjaan selepas terikat dalam kes ini. Sebarang bentuk pendapatan hanya datang dari isterinya berniaga,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad menjelaskan hukuman berat perlu dikenakan kerana ini adalah kesalahan serius selaras dengan hukuman dibawah kesalahan seksyen jenayah tersebut.

“Mangsa juga rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh. Sebagai orang dewasa dan telah berakal yang sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak dan bukan mengambil kesempatan kepada mangsa.

“Perbuatan keji dan terkutuk ini, jelas menimbulkan trauma dan boleh menjejaskan masa depan mangsa kelak,” tegasnya.

Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 4 September lalu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI