fbpx

Mayat budak lemas Sungai Tok Hakim dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Harraz Il Man yang lemas di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan mencari dan menyelamat sebentar tadi berjaya menjumpai mayat budak lelaki berusia 11 tahun yang tergelincir ke dalam Sungai Tok Hakim di sini semalam.

Mayat Muhammad Harraz Il Man Mohd. Syahril Redhuan ditemui pada pukul 11 pagi setelah hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar, berkata, mayat murid Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar itu ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kedalaman kira-kira 1.5 meter di dasar sungai berkenaan.

“Mayat mangsa dijumpai pada kedudukan kira-kira 30 meter dari lokasi dia dikatakan tergelincir di sebuah jambatan menyeberangi Sungai Tok Hakim.

“Anggota SAR mengangkat mayat mangsa ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di lokasi kejadian di Kampung Tok Haki di sini hari ini.

Rozizah berkata, mayat Muhammad Harraz Il Man telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Kosmo! Online semalam melaporkan budak 11 tahun itu tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras bersama adik lelakinya, Muhammad Firas Wafiy, 9, sewaktu bermain banjir bersama seorang lagi rakan mereka di lokasi kejadian pada pukul 4.35 petang.

Muhammad Firas Wafiy terselamat apabila berjaya diselamatkan seorang guru lelaki yang menyaksikan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI