fbpx

Jasad lelaki Singapura lemas ditemui terdampar tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki warga Singapura yang berjaya dijumpai awal pagi tadi selepas dikhuatiri lemas ketika beriadah di pantai dekat sebuah hotel terkemuka di Desaru, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Mayat lelaki warga Singapura yang dikhuatiri lemas di pantai dekat sebuah hotel terkemuka di Desaru di sini berjaya dijumpai awal pagi hari ini.

Mangsa berusia 49 dijumpai kira-kira pukul 5.30 pagi oleh orang awam dalam keadaan tidak bernyawa di pantai berkenaan.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju.

“Mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada pukul 5.30 pagi dan telah disahkan mati lemas oleh pasukan perubatan. Jarak mangsa dijumpai dari lokasi lemas lebih kurang 5 kilometer. Mayat mangsa juga telah disahkan oleh isteri mangsa yang berada di lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) seterusnya bertindak ke lokasi mangsa ditemui dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindak selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa bersama anaknya berusia 16 dipukul ombak ketika sedang berada di gigi air laut.

Anak-beranak itu dipercayai datang ke pantai berkenaan untuk beriadah bagaimanapun anaknya berjaya diselamatkan oleh orang awam dari lemas dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI