fbpx

300 pekerja Man. United bakal dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATCLIFFE didakwa mahu mengurangkan 300 pekerjaan di Man. United sebagai langkah awal perubahan yang bakal dilakukannya selepas ini. - AFP

MANCHESTER – Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan sedia mengurangkan sebanyak 300 pekerjaan daripada 1,000 pekerja di belakang tabir kelab berkenaan.

Bilionair Great Britain berusia 71 tahun itu telah bersetuju membeli 25 peratus saham United berjumlah £1.3 bilion (RM7.72 bilion) baru-baru ini dan dikatakan sedia memberikan dana bernilai £237 juta (RM1.40 bilion) selepas ini.

Difahamkan, dana itu akan digunakan untuk infrastruktur dan tidak melibatkan bajet perpindahan yang menyaksikan United terpaksa mengurangkan perbelanjaan jika mahu merekrut pemain baharu dalam garis panduan Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Menurut laporan The Guardian, Ratcliffe akan menghantar juruaudit luar ke pusat latihan kelab di Carrington bulan depan untuk menilai ‘struktur dan perbelanjaan’ pasukan itu.

Ia bermakna seramai 300 pekerja berpotensi ditamatkan selain Ratcliffe juga akan menghantar dua ‘leftenannya’ iaitu Pengarah Sukan INEOS, Dave Brailsford dan Ketua Pegawai Eksekutif INEOS, Jean-Claude Blanc untuk mengawai perkembangan kelab.

Menurut laporan Mail, kedua-duanya akan memantau rapat setiap jabatan bola sepak termasuk data analisis, pemulihan, psikologi dan pencegahan kecederaan.

Bagaimanapun, Ratcliffe dikatakan tidak terburu-buru untuk membuat keputusan terhadap sebarang perubahan memandangkan United berjaya keluar daripada episod kekalahan dengan menewaskan Aston Villa 3-2 awal pagi semalam.

Kemenangan dramatik di Old Trafford itu amat berharga buat United yang ketinggalan dua gol terlebih dahulu sebelum menang 3-2 untuk melonjak ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI