fbpx

Budak 11 tahun main banjir dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menyelalm bagi mencari Muhammad Harraz yang disyaki lemas di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus deras Sungai Tok Hakim berhampiran Kampung Tok Hakim, di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Harraz Il Iman Mohd. Syahril Redhuan, 11, dipercayai dihanyutkan oleh arus deras itu kira-kira pukul 4.35 petang.

Sebelum kejadian, Muhammad Harraz Il Iman dikatakan sedang bermain limpahan banjir bersama adik lelakinya, Muhammad Firas Wafiy, 9, dan seorang rakan mereka di lokasi kejadian.

Sewaktu bermain di kawasan jambatan terbabit, mangsa dan adiknya dipercayai tiba-tiba dihanyutkan sehingga termasuk ke dalam sungai.

Muhammad Firas Wafiy sempat diselamatkan seorang penduduk yang menyaksikan kejadian namun Muhammad Harraz Il Iman terus hilang dihanyutkan air.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, sepasukan anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kes lemas itu pada pukul 4.46 petang.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan termasuk menerusi teknik selaman di dalam sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI