fbpx

Tyson, Jones Jr. sedia bertarung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYSON (kanan) mengakui seronok kembali ke gelanggang dan bersedia untuk aksi ulangan jika diberi peluang. – AFP

CALIFORNIA, Los Angeles – Pertarungan epik, Mike Tyson dan Roy Jones Jr. berakhir seri selepas kedua-dua juara tinju dunia itu meraih kutipan mata seri pada aksi lapan pusingan ter­sebut.

Tyson yang kali pertama turun ke gelanggang selepas keluar daripada persaraannya sejak 15 tahun yang lalu masih mampu melakukan tumbukan padu ke arah Jones Jr. namun tidak lagi sekuat sewaktu dia meraih gela­ran heavyweight.

Meskipun Tyson dilihat mendominasi saingan tersebut de­ngan kutipan mata 10-9, namun tiga pengadil perlawanan memberi mata yang berbeza.

Christy Martin memberi markah seri 76-76 kepada kedua-dua petinju dan Vinny Paz memberi kemenangan kepada Jones Jr. dengan 80-76 mata manakala seorang lagi pengadil, Chad Dawson memberi kemenangan untuk Tyson dengan keputusan 80-76.

“Saya tiada masalah kerana penonton juga gembira dengan keputusan ini. Saya sangat gembira kerana dapat kembali semula ke gelanggang.

“Saya juga tiada masalah untuk turun beraksi semula dengan Jones jika diberi peluang sekali lagi,” kata Tyson sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, Jones Jr. me­ngakui tumbukan Tyson ke arah badannya membuatkan dia sedikit penat.

“Tumbukan Tyson terutama di badan membuatkan saya sedikit letih. Bagaimanapun, secara ke­seluruhan ia merupakan perlawanan yang menarik dan saya akui tiada masalah untuk berdepan Tyson sekali lagi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI