fbpx

‘TikToker’ tipu janda, tinggalkan hutang RM27,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Por berkenalan dengan P pada 2021 menerusi TikTok. – 3NewsPlus

BANGKOK – Seorang pesohor TikTok di Thailand didakwa memperdaya seorang wanita untuk mengahwininya sebelum meninggalkan mangsa yang terpaksa menanggung hutang sebanyak 200,000 baht (RM26,910) seorang diri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai P,  menghantar surat kepada seorang pengacara program berita Channel 3, Kanchai Kamnedploy  bagi meminta dia mendedahkan perkara tersebut.

Menurut P, dia dan pesohor dikenali sebagai Por itu berkenalan pada 2021 menerusi platform TikTok.

Selepas berjanji untuk berkahwin dengannya, P membelikan Por sebuah kereta Honda City dan membayar wang pendahuluan sebanyak 15,000 baht (RM2,018).

Ibu tunggal kepada dua anak itu turut menjual beberapa utas rantai emas serta membuat pinjaman sebanyak 120,000 baht (RM16,146) untuk Por membuka kedai alat ganti kereta.

Penipuan Por mula terbongkar apabila dia didapati menjalinkan hubungan sulit  dengan beberapa wanita lain termasuk bekas teman wanitanya.

Meskipun menandatangani sijil perkahwinan pada Februari lalu, Por tidak mengubah sikapnya meskipun P memberikan wang tambahan sebanyak 60,000 baht (RM8,073) bagi menyokong perniagaan lelaki tersebut.

Namun, selepas P kehilangan pekerjaan dan kehabisan wang, Por mula menjauhkan diri daripadanya dan memulangkan kereta yang dibayar oleh wanita itu.

Por turut menyekat panggilan P sekali gus memaksa wanita berkenaan menggunakan media sosial  sebagai platform untuk menghubungi suaminya.

Selepas perkara itu didedahkan, Por tampil menafikan dakwaan P dan menjelaskan bahawa semua wang milik wanita itu dihabiskan untuk kegunaan mereka bersama. Disebabkan itu, Por berkata, dia tidak bersalah.

Dia juga mengaku cuba menceraikan P beberapa kali, namun wanita tersebut enggan dilepaskan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI