BERTUAH sungguh penyanyi Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram apabila menerima kejutan istimewa daripada suaminya, Fuad Rahman.
Tom tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja apabila Honda HRV rona merah menjadi miliknya.
Rupa-rupanya, ada cerita di sebalik pemberian jentera berharga melebihi RM100,000 itu.
Akui Tom yang sedang menunggu hari melahirkan permata hati mereka mendedahkan kenderaan lamanya kerap buat ‘perangai’ sehingga selalu masuk bengkel.
Jadi disebabkan kasihan dengan keadaannya, Fuad memberikan kejutan yang membuatkan isterinya itu terharu.
Inilah namanya suami prihatin sebab tak mahu si isteri melalui kesusahan tambahan pula ketika sarat hamil lapan bulan.
Mizz Lahar: Lain pula cerita seorang selebriti. Setiap hari ‘makan’ maki dapat isteri garang dan panas baran.