fbpx

Program Jualan Rahmah Sayang jual beras, minyak masak murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (tengah) menunjukkan risalah promosi Program Jualan Rahmah Kasih Sayang pada sidang akhbar di KPDN WKL, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam barangan keperluan asas utama melibatkan 300 unit dijual dengan harga rendah dan ditawarkan kepada pengguna menerusi Program Jualan Rahmah Kasih Sayang di 17 kawasan pasar raya sekitar sini pada Sabtu ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin, berkata, enam barangan tersebut membabitkan ayam, beras 5 kilogram (kg), minyak masak 5 kg, telur ayam, bihun dan sardin mula dijual dari pukul 10 pagi sehingga 1 tengah hari.

Menurutnya, setiap individu hanya boleh membeli satu unit bagi setiap barangan keperluan dan setiap pembelian memerlukan individu untuk mengemukakan kad pengenalan di kaunter bayaran bagi menyasarkan kepada warganegara sahaja.

“Antara pasar raya yang terlibat dalam Program Jualan Rahmah ini adalah Aeon Big Kepong, Giant Desa Petaling, Econsave Festival City Setapak dan Giant Setiawangsa.

“Jika pelaksanaan program ini memberangsangkan, kami bercadang untuk meneruskan program ini bagi setiap bulan dengan jumlah barangan dinaikkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, Program Jualan Rahmah tersebut bermatlamat membantu meringankan perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata, KPDN melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP Krismas) 2023 sebagai langkah membendung kenaikan harga barangan keperluan bagi sambutan perayaan Krismas berkuat kuasa pada 23 Disember sehingga hari ini.

“Setakat ini, pemeriksaan ke atas 456 premis telah dilaksanakan di seluruh Kuala Lumpur sepanjang pelaksanaan skim ini dan hasil mendapati, semua premis mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.

“Pengawai Penguat Kuasa KPDN WPKL sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi yang menjadi tumpuan awam seperti pasar awam, pasar tanj, pasar raya dan kedai-kedai runcit di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan peniaga menjual barangan harga terkawal mengikut harga hang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI