fbpx

Ibu tunggal didakwa 29 tuduhan pecah amanah lebih RM350,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijairani (baju belang) ketika hadir di Mahkamah Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang bekas eksekutif pentadbiran syarikat kawalan keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 29 tuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM350,000, antara April 2021 hingga Mei 2023.

Tertuduh, M. Vijairani,44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Vijairani sebagai eksekutif pentadbiran dengan curangnya telah melakukan pecah amanah ke atas harta syarikat yang keseluruhannya berjumlah lebih RM350,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat Force One Protection (M) Sdn. Bhd. di Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih antara 20 April 2021 hingga 25 Mei 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam, G. Shanmugam.

Wan Amira kemudiannya mencadangkan tiada jaminan dikenakan memandangkan ia kes serius.

Bagaimanapun, Shanmugam memohon jaminan diberikan susulan anak guamnya seorang ibu tunggal yang perlu menyara dua anaknya masing-masing berusia 10 dan 11 tahun selain ibunya di rumah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin yang berpendapatan RM5,000 ke atas.

Selain itu, Zulhazmi turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI