fbpx

Rumah MB Kelantan turut terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (kanan) menaiki kenderaannya untuk melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat dan memimpin Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut terjejas banjir apabila rumahnya di Kampung Meranti, Pasir Mas dinaiki air.

Mohd. Nassuruddin dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, paras air naik di kawasan rumahnya naik agak cepat pada lewat malam tadi.

Katanya, bagaimanapun, beliau masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini pagi ini.

“Paras air naik agak cepat. Lewat malam tadi kawasan rumah saya turut dinaiki air dan sekitar Kampung Meranti.

“Alhamdulilah, pagi ini masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin Mesyuarat Exco,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI