fbpx

APMM Perak tahan tekong, nelayan warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara nelayan warga asing di atas bot tunda yang ditahan APMM di Sungai Burung, Lumut semalam. - Foto APMM

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan bot nelayan tempatan bersama lima nelayan asing termasuk tekong pada kedudukan 10.5 batu nautika barat daya Sungai Burung di sini petang semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot itu dikesan melakukan aktiviti perikanan oleh KM Nyalau ketika rondaan rutin menerusi Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan negeri ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong warga Myanmar bersama empat kru warga Myanmar berusia 29 hingga 53 tahun.

“Tekong bot gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan penggunaan peralatan komunikasi, kesalahan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan penggunaan peranti elektronik atas bot.

Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai dan Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai APMM untuk tindakan lanjut..

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI