fbpx

9,000 pelari sertai maraton Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARI mengambil bahagian dalam acara maraton di Shanghai hari ini. - AFP

SHANGHAI, China – Sekitar 9,000 pelari dengan sebilangan mereka memakai pelitup muka, mengambil bahagian dalam Maraton Antarabangsa Shanghai hari ini, lapor media China.

Menjelang acara itu, pegawai-pegai tempatan berkata, larian tersebut adalah peluang untuk menunjukkan bahawa China kini bergerak ke hadapan di sebalik krisis koronavirus masih melanda dunia.

Maraton berprestij lain termasuk New York, Berlin, Boston dan Chicago semuanya menjadi ‘mangsa’ kepada koronavirus tahun ini manakala maraton Tokyo dan London pula hanya boleh disertai pelari elit.

Para pelari perlu lulus ujian Covid-19 sebelum layak menyertai acara itu. Mereka diarah segera memakai pelitup muka sebelum dan selepas menamatkan larian, bahkan ada sebilangan peserta berlari sambil memakai pelitup muka.

Kira-kira 9,000 pelari menyertai acara tersebut, menurun berbanding 38,000 orang sebelum ini. Tiada atlit negara luar mengambil bahagian dan penonton tidak dibenarkan pada acara tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI