fbpx

Suami strok, isteri jual kuih tampung hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYALINAH menunjukkan gambar suaminya, Kamaruzman yang kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru ketika ditemui di rumahnya di rumah pangsa Taman Megah, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Perkahwinan pasangan muda yang baru berusia lima tahun menghadapi dugaan apabila ketua keluarganya kini menghidap penyakit angin ahmar atau strok dan tidak dapat bekerja sejak lebih sebulan lalu.

Ujian perjalanan hidup itu dihadapi Syalinah Najwa Sholikan, 26, dengan tabah ekoran suaminya, Kamaruzaman Haron, 35, kini hanya terlantar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sejak dimasukkan pada 15 November lalu.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, suaminya yang menghidap penyakit kencing manis tiba-tiba rebah dan ­terkena serangan strok pada pukul 1 pagi di rumahnya dan dikejarkan ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA.

“Setelah sebulan menerima rawatan di HSA, pegawai perubatan mengesahkan buah pinggang suaminya mengalami kerosakan dan perlu menjalani rawatan hemodialisis seterus­nya.

“Saya berkahwin pada tahun 2019 dan menjadi pasangan jarak jauh (PJJ), saya di Kuala Lumpur dan suami di Pontian dan hanya dapat bersama setelah ­mengandung anak pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah­nya di rumah pangsa Taman Megah di sini baru-baru ini.

Tambah Syalinah, suaminya yang bertugas sebagai pengurus di sebuah restoran makanan segera di Pekan Nanas memperoleh pendapatan kira-kira RM1,700 sebulan, namun pada bulan ini (Disember) gajinya diberhentikan.

“Bulan November lalu merupakan bulan terakhir suami saya menerima setengah bulan gaji, majikannya pun tidak datang melawat dan bertanya khabar mengenai keadaan kakitangannya,” ujarnya.

Katanya, memandangkan suaminya tidak dapat bergerak, dia akan menemani empat atau lima hari dalam seminggu, sementara anak sulung perem­puannya dijaga oleh kakak ipar di Kampung Belokok, Sungai Karang.

Syalinah berkata, bagi meneruskan hidup, dia berusaha membuat kuih-muih untuk dijual di kantin sekolah berdekatan dengan pendapatan antara RM20 hingga RM30 sehari.

“Setakat ini keluarga sebelah saya dan suami banyak membantu meringankan beban kewangan termasuk bagi membayar sewa rumah RM550, selain bayaran bulanan kereta RM640 sebulan,” jelasnya.

Orang ramai yang bersimpati dengan keluarga ini boleh ­menghubungi Syalinah Najwa di talian 012-267 0505 atau di alamat No B03, Blok C, Rumah Pangsa Taman Megah, Pontian atau akaun Maybank 164593105732.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI