PENGALAMAN menjayakan filem Zindagi Na Milegi Dobara memberi pengajaran baharu buat aktres Katrina Kaif yang berjaya mempertajam skil menunggang motosikal.
Aktiviti lasak yang dilakukan pada waktu malam beberapa minggu sebelum memulakan penggambaran dianggap sebagai ilmu bermakna.
Katanya, bersama jurulatih yang dirahsiakan namanya, mereka akan menyusuri jalan sekitar kediamannya di Bandra, India sekitar tengah malam untuk berlatih.
Malah sebelum itu, pihak produksi menghantarnya belajar mengendalikan motosikal berkuasa tinggi di pusat latihan Ducati di Sepanyol.
Ditanya mengenai jurulatih yang enggan didedahkan identiti itu, katanya perkara tersebut adalah atas persetujuan bersama dan sebab tertentu.
Berikutan sesi latihan berada di bawah pemantauan profesional, akui Katrina skil menunggangnya kini sudah semakin mantap.