fbpx

[VIDEO] Salji di Avenue K tarik perhatian ribuan pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membanjiri pekarangan pusat beli belah Avenue K semalam untuk merasai sendiri pengalaman salji di Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Orang ramai memenuhi pekarangan pusat beli belah Avenue K dan KLCC semalam untuk merasai sendiri pengalaman ‘salji’ di Kuala Lumpur.

Menurut @arina_mustaffa dalam sebuah hantaran di laman TikTok, video tersebut dirakam pada malam cuti perayaan Hari Natal.

“Dapat juga tengok snow,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut hantaran lain, ‘salji’ yang turun di pekarangan pusat beli belah itu sebenarnya adalah buih yang juga merupakan tarikan terbaharu Avenue K sempena perayaan Krismas.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan keinginan untuk melawat sendiri pusat beli belah tersebut untuk merasai pengalaman sama.

“Mujur kami pergi hari Sabtu, tidaklah seramai ini,” kata Haikal.

“Tak sangka orang seramai ini. Baru je rancang untuk pergi dengan kawan-kawan,” kata Abby.

“Nak pergi tapi takut Covid,” kata seorang lagi pengguna.

Menurut hantaran di laman Facebook Avenue K, orang ramai boleh merasai sendiri pengalaman tersebut bermula 20 Disember hingga 1 Januari, pada pukul 7.45 hingga 8 malam setiap hari. – KOSMO! ONLINE

@arina_mustaffa Finally dapat pun tengok snow 😜❄️ #Malaysia #snowmalaysia #pov #tiktokmalaysia #tiktok #fyp #klcc ♬ original sound – sha? – siyan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI