fbpx

Ratusan ribu ringgit habis rawat PATI – Dr. Alpha Zaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Dr. Alpha Zaki di laman TikToknya

PETALING JAYA – Seorang doktor bekas pempengaruh TikTok, Dr. Muhammad Aliff Md. Zaki mendedahkan, ratusan ribu ringgit dibelanjakan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam sektor kesihatan antara punca beban kewangan negara.

Dia yang lebih dikenali sebagai Dr. Alpha Zaki berkongsi perkara itu di laman TikToknya dengan menyatakan, PATI telah menggunakan sumber negara secara percuma selama ini.

“Kami pasukan perubatan bersikap profesional dan akan memberikan rawatan yang terbaik kepada sesiapa saja yang datang. Tetapi, apabila mereka tidak membayar kos rawatan, ia terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai rakyat Malaysia.

“Sebagai contoh, mereka (PATI) bersalin, deposit saja sudah RM1,000, bersalin biasa pula RM3,000 dan bersalin melalui pembedahan pula RM7,000 sehingga RM8,000. Mereka pun tidak mampu untuk membayar kos sebanyak itu.

“Mahu tidak mahu. Kita akan lepaskan mereka jugaa. Masalahnya nanti dengan unit hasil, bila kita mahu tuntut bayaran daripada mereka, tetapi mereka pula tiada dokumen. Barang peralatan perubatan merupakan subsidi negara dan bukannya percuma,” katanya.

Tambahnya, itu baru kesan dalam sektor kesihatan dan masih belum menggabungkan subsidi lain yang mereka gunakan meskipun tidak berhak.

“Kita rakyat Malaysia baik dan bukannya mahu diskriminasi tidak tentu hala tetapi yang salahnya mereka menggunakan sumber negara iaitu subsidi. Itu tidak termasuk dengan kesalahan undang undang yang lain.

“Bayangkan mereka menggunakan petrol sama seperti kita sedangkan subsidi sebegitu memang dicipta khas buat orang rakyat Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, dia turut mengucapkan tahniah kepada Pasukan Diraja Malaysia (PDRM) di atas operasi penangkapan pendatang asing tanpa izin secara besar-besaran baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI