fbpx

Rejim Zionis makin kejam bunuh hampir 30,000 penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan bersama neneknya terperangkap di bawah runtuhan lebih dua hari.

PETALING JAYA – Rata-rata rakyat dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis menyerang penduduk Semenanjung Gaza, Palestin tanpa henti sejak 7 Oktober lalu.

Tentera penceroboh itu juga disifatkan sebagai kumpulan paling kejam kerana ‘memburu’ tanpa hala tuju sehingga mengorbankan hampir 30,000 rakyat Palestin dalam tempoh 80 hari.

Setakat semalam, Pejabat Media Kerajaan Palestin memaklumkan seramai 27,674 penduduk telah syahid dan kira-kira 7,000 orang daripada jumlah itu masih hilang akibat daripada 1,745 serangan serta pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel.

“8,500 kanak-kanak terbunuh, 6,300 wanita terkorban, 311 kakitangan hospital syahid dan 103 pengamal media dibunuh,” lapor pejabat itu dalam kenyataan.

Menurut perkongsian di Facebook, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini, beliau memberitahu 1.8 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal akibat kemusnahan yang berlaku.

“Lebih 350,000 bangunan kediaman dan tempat perlindungan musnah dibon Zionis sehingga penduduk Gaza terpaksa berhimpit mencari perlindungan,” katanya.

Kongsi Muhammad Nadir lagi, pasukan penyelamat Palestin berdepan kesukaran untuk menyelamatkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan akibat ketiadaan peralatan dan kelengkapan yang cukup.

“Ya Allah ringankan penderitaan mereka. Pasukan bomba dan penyelamat yang tidak mempunyai peralatan dan kelengkapan yang cukup tetap berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan seorang kanak-kanak dan ibunya dari runtuhan rumahnya yang musnah,” katanya.

Muhammad Nadir turut berkongsi rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bersama neneknya tersepit di bawah runtuhan.

Difahamkan mereka berdua terperangkap di tempat tersebut lebih dua hari.

Terbaharu, beliau berkongsi secara ringkas terdapat kejadian serangan udara yang berlaku di kem pelarian Maghazi, di tengah Gaza sehingga mengorbankan lebih 70 nyawa pada tengah malam kelmarin.

Serangan tersebut dikatakan bermula beberapa jam sebelum tengah malam dan berterusan sehingga Hari Krismas, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI